Hotel Atlantis, The Lost Kingdom telah menjadi perbualan rakyat Malaysia selepas ianya di teroka oleh seorang Youtuber Urban Explorer di bawah nama Faizal Rozi Vlog yang telah mendapat tontonan sebanyak 1 Juta.
Sejarah tentang Kota Atlantis telah diceritakan olah seorang Ahli falsafah Yunani Kuno iaitu, Plato. Kota ini dipercayai telah di telan ke dasar lautan mungkin disebabkan oleh letupan gunung berapi, gemba bumi dan ombak besar yang pernah berlaku lebih 3,000 tahun dahulu. Atlantis atau Pilau Atlas ini dianggap sebagai wilayah Poseidon, iaitu Dewa Laut yang merupakan kekuatan di dunia maritim
Sehingga kini, penceritaan ini dianggap sebagai mitos selagimana kota atlantis ini tidak dapat dijumpai dan dibuktikan. Tetapi ianya masih diceritakan. Mitos ini telah menarik minat ratusan penulis buku dan penerbit filem untuk menceritakan kisah ini dengan bayangan mereka sendiri.
Kata seorang professor di New York, "Ini adalah mitos yang hebat. Ini memiliki banyak elemen yang suka dibayangkan oleh orang"
Yang pasti, cadangan pembinaan Hotel Atlantis di Desaru ini bagai ingin mengembalikan memori Kota Atlantis yang telah hilang, sepertimana yang telah dibina di negara-negara lain. Tetapi, reka bentuk yang dicadangkan kali ini lebih unik dan bercirikan seperti kota-kota lama.
Walaubagaimanapon, pembinaan hotel ini telah tergendala di saat kejatuhan ekonomi negara. Beberapa developer cuba mengambil alih tetapi ianya masih tidak dapat disiapkan. Entah kenapa. Mungkin ada gangguan mistik? Jika ada yang tahu, boleh tinggalkan komen di bawah. Saya kira jika hotel ini berjaya disiapkan, ianya pasti menjadi bualan dunia. Lebih menarik jika dibina sekali Maze Garden disekitarnya. Pasti ramai yang tidak jumpa jalan keluar hehe